Thursday, May 16, 2019

Walaupun ramai yang pasti mahu menafikannya, hakikat sebenar buat masa kini adalah majoriti manusia tidak mampu berenggang dengan telefon pintar mereka. Buktinya dapat dilihat melalui laporan Digital in 2017: Southeast Asiayang dikeluarkan hasil kerjasama di antara agensi global, We Are Social dan platform pengurusan media social, Hootsuite.

Menurut laporan tersebut, daripada jumlah 30.96 juta penduduk di Malaysia, sebanyak 20 juta orang adalah aktif menggunakan media sosial melalui telefon mudah alih mereka. Jumlah tersebut adalah hampir 65 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini.

Laporan tersebut juga mengatakan bahawa secara puratanya rakyat Malaysia melayari Internet melalui komputer peribadi atau tablet selama 8 jam 31 minit sehari. Jumlah masa purata yang dihabiskan bagi melayari Internet melalui telefon mudah alih pula adalah 3 jam 43 minit sehari.

Tidak cukup dengan itu, satu laporan oleh TechCrunch menunjukkan masyarakat dunia secara puratanya menggunakan sebanyak 30 aplikasi telefon pintar dalam sebulan. Jika penggunaan sebegitu banyak aplikasi dan masa yang dihabiskan, mengapa anda tidak mengambil peluang untuk menjana pendapatan tambahan?

Jangan risau, di sini kami bukan mahu usulkan anda menjual barang di Facebook ataupun mengikuti skim 'multi-level' di internet. Sebaliknya, Rojak Daily Skop! nyatakan 10 aplikasi telefon pintar yang menawarkan wangkepada anda dengan cara melengkapkan kaji selidik, menonton video, berkongsi gambar, melakukan pekerjaan mudah dan lain-lain lagi.

1. DAPAT BALIK DUIT SETIAP KALI MEMBELI BELAH

Pengguna mampu mendapat wang mereka sebanyak 30 peratus menerusi pembelian atas talian di Shopback.

ShopBack adalah satu syarikat yang memulangkan sehingga 30 peratus dari wang anda kembali apabila anda membuat sebarang pembelian atas talian dengan mana-mana syarikat yang berdaftar dengan mereka.
Anda boleh membeli tiket penerbangan, menempah bilik hotel, membeli pakaian ataupun buku, merancang perjalanan, membeli makanandan bermacam-macam lagi kerana terdapat lebih 500 gedung dan servis atas talian yang berdaftar dengan mereka.

Antaranya ialah Lazada, Zalora, eBay, Amazon, Taobao, Agoda, Booking.com, Expedia, Malaysia Airlines, AirAsia, Qatar Airways, Singapore Airlines, Foodpanda, Samsung, Grab, Nike, Kinokuniya dan lain-lain lagi. Malah, senarai syarikat ini bertambah saban hari.

Bagaimana pula mereka mampu memulangkan kembali sebahagian daripada wang pembelian anda? Sebenarnya, syarikat yang terbabit dalam aktiviti urusniaga tersebut memberi komisen kepada ShopBack kerana telah membawa anda ke laman sesawang mereka untuk melakukan pembelian. Sebahagian daripada komisen inilah yang digunakan oleh ShopBack untuk diberikan kepada anda!

Anda juga akan memperolehi wang percuma sekiranya anda berjaya merujuk rakan anda untuk turut menggunakan ShopBack. Wang akan dibayar kepada anda selepas sejumlah nilai pembelian yang ditetapkan dilakukan oleh rakan anda itu.

Malah, mereka juga akan menerima wang bonus permulaan kerana mendaftar melalui rujukan anda. ShopBack boleh dilayari samada melalui komputer peribadi ataupun telefon pintar.

2. JANGAN BUANG DULU RESIT ANDA

Seandainya anda bukan seorang yang suka mebuat pembelian secara atas talian tetapi sebaliknya gemar pergi sendiri ke tempat yang diingini, anda boleh mencuba aplikasi Manis

Cara untuk mendapat ganjaran adalah cukup mudah. Anda hanya perlu membelanjakan wang di mana-mana syarikat yang terlibat dengan Manis, dan kemudian menangkap gambar resit pembelian anda menggunakan telefon mudah alih.

Kemudian, selepas memasukkan maklumat yang diperlukan dan memuat naik gambar resit tadi, anda akan menerima mata ganjaran (RM1 perbelanjaan di resit bersamaan 1 mata). Mata ganjaran tersebut kemudian boleh ditebus untuk mendapatkan barangan seperti top up prepaid, tiket wayang, baucar membeli belah dan lain-lain lagi.

Mata ganjaran juga diperolehi  apabila anda berjaya merujuk rakan anda untuk menggunakan aplikasi ini. Setakat ini, Manis sudah mendapat penarafan 3.8 bintang di Google Play Store dan 2.8 bintang di iTunes.